Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Laman Web Rasmi, No. Pendaftaran: PPM-010-04-09042013

27hb November 2017

              Bermula pada 1 Januari 2018, semua ahli dan gurulatih hendaklah menghantar semua borang keahlian tahunan (ahli baru & lama) terus kepada pihak Pusat bersama dengan yuran agihan hak Pusat. Yuran agihan Negeri dan Daerah hendaklah dimasukkan dalam akaun bank Negeri dan Daerah oleh  gurulatih sendiri. Nombor dan kad ahli pertubuhan akan dikeluarkan oleh pihak Pusat dan dihantar terus kepada gurulatih.

       Mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 17hb September 2017 telah memutuskan agar kaedah ini dilaksanakan pada tahun 2018 memandangkan banyak cawangan Daerah dan Negeri meminta pembahagian yuran hak dibuat secara terus dan segera. Justeru langkah berikut hendaklah dipatuhi :

 

Langkah 1            :      Gurulatih menghantar borang keahlian tahunan dan yuran tahunan hak

                                  Pusat terus kepada Pusat (RM5 bagi ahli baru, RM2.50 bagi ahli lama)

 

Yuran hendaklah dimasukkan ke dalam akaun bank Pusat. Slip deposit/internet transfer dan borang-borang ahli hendaklah dipos kepada Setiausaha Agung di Pejabat Urusan. Salinan slip deposit/internet transfer hendaklah disimpan untuk rekod sendiri.

 

·         Digalakkan menyimpan salinan borang-borang ahli secara fotokopi atau scan PDF file.

 

Langkah 2            :     Gurulatih mendeposit terus yuran tahunan hak Negeri dan Daerah ke dalam akaun bank

                                  seperti berikut :

                                  a.            Yuran hak Negeri (RM2.50 bagi ahli baru, RM1.25 bagi ahli lama)

                                  b.            Yuran hak Daerah (RM2.50 bagi ahli baru, RM 1.25 bagi ahli lama)

 

Sila rujuk kepada pihak Negeri dan Daerah untuk nombor akaun bank berkaitan. Salinan slip deposit/internet transfer hendaklah disimpan untuk rekod.

 

·  Dinasihatkan tidak mendeposit ke dalam akaun peribadi untuk keselamatan. Pembayaran secara tunai terus kepada pihak Negeri dan Daerah dibolehkan sekiranya tidak mengambil masa yang panjang.

 

Langkah 3            :     Gurulatih menerima kad keahlian pertubuhan dari Setiausaha Agung melalui pos.

 

PERHATIAN

Semua ahli dikehendaki menggunakan borang keahlian pertubuhan yang sah untuk urusan pendaftaran ahli. Ianya boleh didapati di menu MUAT TURUN BORANG dalam laman web www.gayong.com.my . Borang yang tidak sah boleh ditolak oleh pihak Pusat. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha atau Bendahari Agung.

 


PAPARKAN BERITA DAN AKTIVITI SETEMPAT ANDA DI LAMAN WEB RASMI WWW.GAYONG.COM.MY

Anda boleh menghantar berita aktiviti berserta gambar aktiviti anda ke email

pssgm@gayong.com.my.

 

Setiap artikel yang dihantar perlulah disertakan bersama:
Tajuk aktiviti
Penerangan aktiviti
Gambar aktiviti
Gelanggang/lokasi
Nama berserta No. Keahlian

 

Setiap artikel yang dihantar akan disaring oleh bahagian editor laman web

**Jom meriahkan Laman Web Rasmi kita**