16 Dec 2018
Majlis ini merupakan, program istiadat Mandi Minyak kali ke-3 yang telah diadakan oleh PSSGMKS semenjak tertubuhnya pada tahun 1975. Program ini dihadiri oleh YBhg Tan Sri Zainal Dahlan, Timbalan Imam Khalifah PSSGM Selangor. YBhg. Dato’ Zainal Sakom, YDP PSSGM Selangor. Antara jemputan lain turut yang hadir adalah Tuan Maruwan Ahmad, Pegawai Khas YB Dato’ Shamsuddin Lias (DUN Sg Burong Tg Karang), Ayahanda Cikgu Md Ezhar Abas, Khalifah Besari Selangor (Bahagian Pelajaran dan Kegurulatihan), Dr Rosman bin Ismail, Timbalan YDP Negeri, Cikgu Hafizul Ayob Timbalan MGN dan Cg Azuan bin Mohd Said, SULAINS
Istiadat diketuai oleh Tuan Hj Mohd Sani Morni, Khalifah Besar PSSGM Selangor (Bahagian Agama dan Kebajikan). Tuan Hj Mohd Sani telah dibantu oleh 3 pasukan pembantu dalang seramai 30 orang. Seramai 137 orang peserta telah terlibat yang terdiri dari pesilat dari gelanggang daerah Kuala Selangor, Klang dan Petaling.
Istiadat bermula dengan taklimat krew Mandi Minyak pada 15 Dec. 2018 jam 2030 dan tamat acara pada jam 1730, 16 Dis. 2018. Pengerusi PSSGMKS YBhg. Tuan Hj Lamsah Arbai @ Bai dan Pengarah Program Istiadat Mandi Minyak, Cg Ibrahim Rejab mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa,jemputan, peserta dan semua yang terlibat diatas kerjasama dan sokongan. Semoga ikatan ukwah ini akan terusberpanjangan.
PAPARKAN BERITA DAN AKTIVITI SETEMPAT ANDA DI LAMAN WEB RASMI WWW.GAYONG.COM.MY
Anda boleh menghantar berita aktiviti berserta gambar aktiviti anda ke email
pssgm@gayong.com.my
Setiap artikel yang dihantar perlulah disertakan bersama:
Tajuk aktiviti
Penerangan aktiviti
Gambar aktiviti
Gelanggang/lokasi
Nama berserta No. Keahlian
Setiap artikel yang dihantar akan disaring oleh bahagian editor laman web
**Jom meriahkan Laman Web Rasmi kita**