23 Dis 2018
Melalui penubuhan Briged Gayong dan pergerakan aktif Silat Gayong Iternational Federation (SGIF) satu perbincangan yang dianjurkan oleh Biro Pentadbiran PSSGM telah diadakan pada 22 Dis. 2018 di Taman Melawati (Kediaman Timbalan II YDO PSSGM) untuk membuka ruang membina peluang kerjaya yang lebih berstruktur dan menjaminkan. Briged Gayong yang ditubuhkan di Universiti Malaysia Kelantan (UNK) telahpun merangka satu skim latihan peringkat pensijilan, dan kini telahpun memulakan latihan untuk seramai 120 orang siswa/wi. Dalam massa yang sama SGIF telah membangunkan modul latihan bersifat tempur jarak dekat (Close Quarter Combat). Teknik tempur ini adalah berasaskan pecahan buah pukulan dan kunci Silat Seni Gayong.
Perbincangan telah membuahkan pandangan dan cadangan bagaimana pengurusan Gayong Malaysia dapat merangka pakej yang lebih menarik dan meluas kepada masyarakat hari ini. Dengan pakej pengajaran berkonsepkan plug and play atau ready use pakej ini dilihat akan amat sesuai untuk para anggota unit penguatkuasa (enforcement unit). SUA memaklumkan pihaknya telahpun menawarkan kepada 10 agensi yang mempunyai unit berkaitan untuk pelaksanaan tahun tahun 2019.
Pihak pengurusan PSSGM akan mengadakan sesi perbincangan sekali lagi bagi memperincikan pakej tersebut berasama di antara Briged Gayong, SGIF dan PSSGM. Gayong Malaysia juga akan cuba melihat kerjasama dengan program pensijilan Kementerian Sumber Manusia
PAPARKAN BERITA DAN AKTIVITI SETEMPAT ANDA DI LAMAN WEB RASMI WWW.GAYONG.COM.MY
Anda boleh menghantar berita aktiviti berserta gambar aktiviti anda ke email
pssgm@gayong.com.my
Setiap artikel yang dihantar perlulah disertakan bersama:
Tajuk aktiviti
Penerangan aktiviti
Gambar aktiviti
Gelanggang/lokasi
Nama berserta No. Keahlian
Setiap artikel yang dihantar akan disaring oleh bahagian editor laman web
**Jom meriahkan Laman Web Rasmi kita**