Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Laman Web Rasmi, No. Pendaftaran: PPM-010-04-09042013

Seseorang yang hendak mempelajari ilmu Silat Seni Gayong perlu diterima sebagai seorang Murid Gayong dahulu dengan menjalani upacara Majlis Perlimau Tapak. Setelah menjalani upacara tersebut, barulah orang itu dengan rasminya menjadi seorang Murid Gayong. Dari situ, Murid Gayong tersebut akan mula mempelajari ilmu Silat Seni Gayong peringkat tangan kosong yang dikenali dengan ‘TAPAK’.

               Apabila tamat mempelajari ‘TAPAK’, peringkat ilmu Silat Seni Gayong seterusnya adalah pelajaran senjata tradisional Melayu yang dikenali dengan ‘SENI GAYONG’. Sebelum itu, ada satu upacara yang perlu dilalui oleh Murid Gayong untuk mempelajari ilmu peringkat ini iaitu upacara Majlis Perlimau Seni. Selesai sahaja, Murid Gayong boleh bermula mempelajari pelajaran senjata.


               Terdapat 3 perkara yang perlu diambil perhatian pada kedua-dua upacara tersebut :

1.   Murid lelaki mesti melalui kedua-dua upacara tersebut tetapi murid wanita hanya perlu melalui upacara Majlis Perlimau Seni sahaja. 

2.   Wang sumbangan guru pada Majlis Perlimau Seni bagi wanita adalah sama dengan lelaki pada Majis Perlimau Tapak iaitu sebanyak RM11.50.

3.   Murid lelaki boleh menjalani Majlis Perlimau Seni sebelum tamat pembelajaran ‘TAPAK’ dengan syarat mendapat keizinan guru. Lazimnya ini berlaku di peringkat antara bengkung Pelangi Hijau dan Pelangi Merah Cula 3.

 

Kelengkapan majlis hendaklah diuruskan sendiri oleh pihak gurulatih atau gelanggang. Berikut adalah bahan-bahan yang perlu disediakan untuk keperluan majlis :

NO.

BAHAN

PERLIMAU TAPAK

PERLIMAU SENI

1

Limau Nipis

Sebiji seorang

2

Akar Sintuk

Seikat seorang

3

Asam Jawa

Secukup semajlis

4

Garam Halus

Secukup semajlis

5

Kemenyan

Sebiji seorang

6

Pisang Emas

Seulas dua seorang / secukup majlis

7

Beras Kunyit

Setengah pinggan

8

Beras Putih

Setengah pinggan

9

Biji Bertih

Secubit seorang / secukup majlis

10

Bunga wangi berlainan jenis

-

7 kuntum seorang

11

Lilin putih

-

Sebatang seorang

12

Sirih dan ramuannya

-

Sekapur seorang

13

Jarum jahitan

7 bilah seorang

21 bilah seorang

14

Sumbangan Guru

RM11.50 seorang (Lelaki)

RM21.50 seorang (Lelaki)

 

 

-

RM11.50 seorang (Wanita)

 

Beberapa bahan lain seperti Air Gayong, keris dan lain-lain akan dibawa dan disediakan sendiri oleh Wakil Perlimau.

               Bagi melicinkan perjalanan majlis, dicadangkan beberapa kelengkapan tambahan untuk kegunaan majlis seperti baldi, kotak atau pinggan polisterin, botol air kosong, beg plastik untuk bekalan air dan sebagainya. Namun ianya bergantung kepada gurulatih dan pihak gelanggang yang mengelolakan majlis mengikut kaedah masing-masing.