Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Laman Web Rasmi, No. Pendaftaran: PPM-010-04-09042013

         


 

24hb Jun 2017

Lembaga Beradat Kebangsaan akan menganjurkan aktiviti Qurban Perdana bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha 2017. Aktiviti ini akan diadakan pada 2 September 2017 (Sabtu) di Taman Temiang Jaya, Seremban, Negeri Sembilan. Qurban yang akan dilaksanakan adalah atas nama Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman.

Dengan hasrat untuk menyemaikan rasa cinta dan sayang anak-anak Gayong Malaysia kepadaAllahyarham Dato' Meor Abdul Rahman, maka sumbangan untuk dikumpulkan bagi membiayai aktiviti ini adalah kutipan dari murid-murid Silat Seni Gayong sendiri. Maka ditetapkan supaya kutipan dilakukan pada kadar sekurang-kurangnya RM 2.00 seorang. Setiap gelanggang hendaklah membuat kutipan dan menyerahkan nya terus kepada Bendahari Agung dengan menyalurkannya melalui akaun PSSGM pusat. Murid-murid Silat Seni Gayong Malaysia yang tidak bergelanggang boleh memilih untuk menyalurkan sumbangan terus kepada akaun bank atau melalui gelanggang yang dapat dihubungi.

Tarikh akhir menyerahkan sumbangan ialah pada 15 Ogos 2017.

 


PAPARKAN BERITA DAN AKTIVITI SETEMPAT ANDA DI LAMAN WEB RASMI WWW.GAYONG.COM.MY

Anda boleh menghantar berita aktiviti berserta gambar aktiviti anda ke email

pssgm@gayong.com.my.

 

Setiap artikel yang dihantar perlulah disertakan bersama:
Tajuk aktiviti
Penerangan aktiviti
Gambar aktiviti
Gelanggang/lokasi
Nama berserta No. Keahlian

 

Setiap artikel yang dihantar akan disaring oleh bahagian editor laman web

**Jom meriahkan Laman Web Rasmi kita**