Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Laman Web Rasmi, No. Pendaftaran: PPM-010-04-09042013

Sijil Pendaftaran Pertubuhan ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 9hb April 2013 dengan No. Pendaftaran PPM-010-04-09042013.

Pada mulanya, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia adalah sebuah pertubuhan silat yang pertama berdaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara di Johor Bahru pada 22 Oktober 1963 (No. Pendaftaran 361), dan kemudiannya pula didaftarkan dibawah Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998 (No. Pendaftaran APS 0149/98). Perubahan in berlaku apabila kerajaan telah menetapkan dasar melalui Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya semua badan yang menjalankan kegiatan sukan hendaklah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan.

Pada 22 Februari 2013, Pesuruhjaya Sukan telah mengambil keputusan di mana semua badan seni mempertahankan diri yang bersifat budaya, bangsa dan kesenian tidak tertakluk kepada Akta Pembangunan Sukan dan menetapkan hanya Silat Olahraga sahaja yang perlu berdaftar dengan pejabat tersebut. Bagi menyambut dasar tersebut, maka PSSGM didaftarkan sekali lagi dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 9 April 2013.

Setelah genap 50 tahun, akhirnya PSSGM kembali semula berdaftar di agensi kerajaan yang sama dimana pada asalnya Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim sendiri mendaftarkan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.