Laman Web ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat rasmi pengurusan dan pentadbiran Silat Seni Gayong Malaysia di semua peringkat kepada umum. Maklumat-maklumat ini termasuklah hal-hal Pertubuhan, Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih. Penyebaran maklumat oleh mana-mana peringkat pentadbiran Silat Seni Gayong Malaysia boleh mengguna laman web ini secara pautan atau mewujudkan ruangannya tersendiri. Walaupun begitu permohonan untuk tujuan ini adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.