{"id":193,"date":"2024-06-15T06:57:45","date_gmt":"2024-06-14T22:57:45","guid":{"rendered":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/?page_id=193"},"modified":"2024-12-28T03:11:28","modified_gmt":"2024-12-27T19:11:28","slug":"mengenal-gayong","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/mengenal-gayong\/","title":{"rendered":"Mengenal Gayong"},"content":{"rendered":"\r\n<p>SILAT SENI GAYONG adalah salah satu ilmu persilatan di Nusantara ini yang mana dikembangkan oleh Mahaguru Dato&#8217; Meor Abdul Rahman Bin Daeng Uda Mohd Hashim. Perkataan Gayong itu merujuk kepada ilmu-ilmu persilatannya yang asli dan tidak diciplak<\/p>\r\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-893 aligncenter\" src=\"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/baju-kemeja-bersilat.jpg\" alt=\"\" width=\"482\" height=\"353\" srcset=\"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/baju-kemeja-bersilat.jpg 450w, https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/baju-kemeja-bersilat-300x220.jpg 300w, https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/baju-kemeja-bersilat-130x95.jpg 130w\" sizes=\"auto, (max-width: 482px) 100vw, 482px\" \/><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>Pelajaran Gayong merujuk kepada buah persilatan sebenar yang mengandungi hikmat-hikmat kesaktian yang menakjubkan, kepantasan yang luar biasa dan kepintaran yang mengelirukan. Ianya terkandung di dalam gerakan semula jadi, pergerakan pantas secara automatik<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>Gayong mengandungi pelajaran tumbuk menumbuk, sepak menyepak, tikam menikam, tangkap menangkap, kilas mengilas, hempas menghempas, buang membuang, sekat menyekat, elak mengelak, hadang menghadang, tangkis menangkis dan seumpanya lagi yang menjadi pakaian keperwiraan kepada setiap anak gayong lelaki dan wanita<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>Pelajaran ini amatlah berguna terutama ketika dalam kecemasan bagi mempertahankan diri sebagai perisai untuk mengelakkan serangan musuh atau lawan. Dalam suatu pertarungan yang menggunakan sepenuh tenaga kekuatan, kepantasan, kecekapan, keazaman, dan kepintaran masing-masing untuk mengalahkan lawannya, sama ada dengan menggunakan senjata ataupun tanpa menggunakan senjata, maka di dalam pertarungan yang seumpama itu biasanya dinamakan\u00a0GAYONG.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>Pelajaran\u00a0SILAT\u00a0yang dimaksudkan kepada bunga-bunga tarian bagi pelajaran\u00a0GAYONG\u00a0itu adalah lebih merupakan pertunjukan atau persembahan yang tertentu, umpamanya untuk menyerikan sesuatu majlis keramaian, atau kerana sesuatu upacara istiadat di dalam kebudayaan Melayu. Maka di dalam pertunjukan yang seumpama itu, tidaklah persembahan itu lebih merupakan suatu pertarungan yang sungguh-sungguh berlaku di situ, malah hanya persembahan itu lebih merupakan sebagai satu daripada ciri perlawanan yang dipersembahkan secara imbasan pertarungan yang dipenuhi dengan keindahan dan kesenian bunga-bunga tarian dalam pelajaran\u00a0GAYONG\u00a0yang disampaikan dengan penuh ketenangan jiwa, sabar, bertatatertib, tidak melanggar kesopanan dan kesusilaan dan tertakluk pula kepada taraf majlis di mana persembahan itu diadakan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"has-text-align-center\">____________________________________________________________________________________________________<\/p>\r\n\r\n\r\n<div class=\"wp-block-image is-style-default\">\r\n<figure class=\"aligncenter size-medium is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"200\" height=\"131\" class=\"wp-image-315\" style=\"width: 200px;\" src=\"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/GAYONGjawi-300x196.png\" alt=\"\" srcset=\"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/GAYONGjawi-300x196.png 300w, https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/GAYONGjawi-768x502.png 768w, https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/GAYONGjawi.png 930w\" sizes=\"auto, (max-width: 200px) 100vw, 200px\" \/><\/figure>\r\n<\/div>\r\n\r\n\r\n<p class=\"has-very-light-gray-to-cyan-bluish-gray-gradient-background has-background\"><strong>\u06ac GA \u2013 Genggam<\/strong><br \/>Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"has-very-light-gray-to-cyan-bluish-gray-gradient-background has-background\"><strong>\u0627 ALIF \u2013 Angkat<\/strong><br \/>Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"has-very-light-gray-to-cyan-bluish-gray-gradient-background has-background\"><strong>\u064a YA \u2013 Yakin<\/strong><br \/>Yakin kepada kebolehan diri sendiri<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"has-very-light-gray-to-cyan-bluish-gray-gradient-background has-background\"><strong>\u0648 Wau \u2013 Waras<\/strong><br \/>Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"has-very-light-gray-to-cyan-bluish-gray-gradient-background has-background\"><strong>\u06a0 Nga \u2013 Ngeri<\/strong><br \/>Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya<\/p>\r\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SILAT SENI GAYONG adalah salah satu ilmu persilatan di Nusantara ini yang mana dikembangkan oleh Mahaguru Dato&#8217; Meor Abdul Rahman Bin Daeng Uda Mohd Hashim. Perkataan Gayong itu merujuk kepada ilmu-ilmu persilatannya yang asli dan tidak diciplak Pelajaran Gayong merujuk kepada buah persilatan sebenar yang mengandungi hikmat-hikmat kesaktian yang menakjubkan, kepantasan yang luar biasa dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-193","page","type-page","status-publish","hentry"],"blog_post_layout_featured_media_urls":{"thumbnail":"","full":""},"categories_names":null,"comments_number":"0","wpmagazine_modules_lite_featured_media_urls":{"thumbnail":"","cvmm-medium":"","cvmm-medium-plus":"","cvmm-portrait":"","cvmm-medium-square":"","cvmm-large":"","cvmm-small":"","full":""},"jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/193","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=193"}],"version-history":[{"count":12,"href":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/193\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":901,"href":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/193\/revisions\/901"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=193"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}