{"id":699,"date":"2023-02-03T04:14:00","date_gmt":"2023-02-02T20:14:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/?p=699"},"modified":"2025-01-09T03:07:12","modified_gmt":"2025-01-08T19:07:12","slug":"notis-untuk-mengadakan-mesyuarat-agung-cawangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/699\/","title":{"rendered":"NOTIS UNTUK MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG CAWANGAN"},"content":{"rendered":"\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">03 Feb 2023<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"604\" class=\"wp-image-700\" src=\"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/NOTIS-AGM3-1024x604.jpg\" alt=\"\" srcset=\"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/NOTIS-AGM3-1024x604.jpg 1024w, https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/NOTIS-AGM3-300x177.jpg 300w, https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/NOTIS-AGM3-768x453.jpg 768w, https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/NOTIS-AGM3-1536x905.jpg 1536w, https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/NOTIS-AGM3.jpg 1564w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><a href=\"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/bahagian-cawangan\/\" data-type=\"page\" data-id=\"25\"><strong>Senarai cawangan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia<\/strong><\/a><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>( LAMPIRAN )<\/strong><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">FASAL 14\u00a0<strong>PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGAN<\/strong><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(1)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Majlis Jawatankuasa Agung boleh membenarkan penubuhan cawangan di kawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya 30 ahli Pertubuhan. Penubuhan cawangan hendaklah dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar Pertubuhan\u00a0\u00a0terlebih dahulu.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(2)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Majlis Jawatankuasa Agung boleh membubarkan cawangan:<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jika bilangan ahli-ahli di dalam tempoh enam bulan berturut-turut kurang daripada 30; atau<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jika cawangan tidak mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau keputusan Mesyuarat Perwakilan atau Majlis Jawatankuasa Agung atau jika<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u00a0Majlis Jawatankuasa Agung mendapatinya bersalah kerana perbuatan mencemarkan Pertubuhan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(3)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keputusan membubarkan cawangan hendaklah dengan undi terbanyak di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Agung , dengan syarat sebelum diambil keputusan membubarkan cawangan atas sebab yang disebutkan di dalam Fasal 14 (2) (b) di atas, cawangan yang berkenaan hendaklah diberi suatu notis selama 30 hari terlebih dahulu dan diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan tersebut.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(4)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung. Cawangan tidak boleh bergerak mulai dari tarikh penerimaan perintah tersebut kecuali untuk urusan penyelesaian.\u00a0<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u00a0Sebarang cawangan yang musykil\u00a0\u00a0atas\u00a0\u00a0perintah pembubaran boleh, dengan kenyataan bertulis kepada Setiausaha Agung di dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan perintah tersebut, membuat rayuan kepada Mesyuarat Perwakilan. Walaupun rayuan telah dibuat namun perintah pembubaran masih berkuatkuasa sehingga dibatalkan tetapi di dalam keadaan yang sedemikian Majlis Jawatankuasa Agung boleh melantik satu jawatankuasa penjaga daripada ahli-ahli untuk menguruskan halehwal cawangan\u00a0\u00a0itu sementara rayuan tersebut dipertimbangkan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(5)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jika sesuatu cawangan ditutup di atas sebab yang disebutkan dalam fasal 14 (2) (a) di atas, maka Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah memindahkan ahli-ahli yang ada kepada cawangan yang hampir sekali, dan jika cawangan ditutup kerana sebab di dalam peraturan 14 (2) (b) di atas, maka ahli-ahli akan terhenti menjadi\u00a0\u00a0ahli Pertubuhan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(6)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Adalah menjadi kewajipan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi cawangan itu menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lainnya yang dimiliki oleh cawangan berserta dengan penyata kewangan cawangan itu daripada tarikh akhir pengemukaan penyata kewangan itu dibentangkan sehingga tarikh perintah pembubaran.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(7)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jika ahli-ahli sesuatu cawangan memutuskan hendak keluar daripada Pertubuhan, maka pegawai-pegawai cawangan itu dengan serta merta mestilah menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lain Pertubuhan dan seterusnya menyedia dan menyerahkan penyata kewangan kepada Setiausaha Agung seperti di dalam Fasal 14 (6) di atas.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">FASAL 15\u00a0<strong>MESYUARAT AGUNG CAWANGAN<\/strong><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN CAWANGAN<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah di adakan tidak lewat dari bulan Mac setiap tahun.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kerja-kerja Mesyuarat Agung Cawangan ialah untuk:<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menerima laporan Bendahari Cawangan dan penyata kewangan Cawangan yang telah diaudit;<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Memilih wakil-wakil Mesyuarat Perwakilan;<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Memilih Jawatankuasa Cawangan dan Juruaudit Cawangan;<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(d)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Membincangkan perkara-perkara lain yang akan dibentangkan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada setiap ahli sekurang- kurangnya 21 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Cawangan pemberitahu awal yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat\u00a0\u00a0mesyuarat, panggilan mengemukakan cadangan untuk perbincangan dan pencalonan untuk pemilihan pegawai cawangan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan cadangan untuk perbincangan di dalam Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Cawangan tidak lewat daripada 7 hari selepas penerimaan pemberitahu awal mesyuarat.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada setiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan Mesyuarat Agung Cawangan, satu agenda termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan berserta dengan penyata kewangan cawangan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen- dokumen ini juga boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat\u00a0\u00a0tempat urusan cawangan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">6.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sekurang-kurangnya satu perdua (1\/2) daripada jumlah ahli-ahli cawangan yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa cawangan, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat\u00a0\u00a0Agung Cawangan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi kourum untuk mesyuarat.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">7.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jika kourum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 7 hari) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Cawangan, dan jika kourum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu\u00a0\u00a0yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli berkuasa menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">8.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Suatu Mesyuarat Agung Khas Cawangan hendaklah diadakan:<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Atas arahan Majlis Jawatankuasa Agung ; atau<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Apabila Jawatankuasa Cawangan memikirkannya mustahak;<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Atas permintaan bertulis tidak kurang daripada 1\/2 ahli-ahli cawangan yang berhak mengundi dengan menyatakan tujuan dan\u00a0\u00a0sebab untuk mengadakan mesyuarat itu.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">9.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli hendaklah diadakan dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">10.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Fasal 15 (6) dan 15 (7) di dalam Perlembagaan ini berkenaan kourum dan penangguhan Mesyuarat Agung Cawangan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas Cawangan, tetapi dengan syarat jika kourum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli tersebut, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">11.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada setiap ahli dan Setiausaha Agung satu salinan minit Mesyuarat Agung Cawangan atau Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">FASAL 16\u00a0<strong>JAWATANKUASA CAWANGAN<\/strong><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(1)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Setiap pengurusan Pertubuhan Cawangan akan ditadbirkan oleh satu jawatankuasa yang mengandungi:<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Seorang Pengerusi. (dilantik oleh Mesyuarat Agung)<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Seorang Timbalan Pengerusi (dilantik oleh Mesyuarat Agung)<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Seorang Setiausaha (dilantik oleh Pengerusi)<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">d)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Seorang Penolong Setiausaha (dilantik oleh Setiausaha)<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">e)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Seorang Bendahari<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">f)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tidak lebih dari 10 atau tidak kurang daripada 5 orang Ahli Jawatankuasa.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(2)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Cawangan dan setiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas eksekutif dalam cawangan hendaklah warganegara Malaysia dan lahir di Malaysia.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(3)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadang serta disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Cawangan. Semua pegawai boleh dilantik semula dua tahun sekali.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(4)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Fungsi Jawatankuasa Cawangan ialah mengelola dan mengaturkan kerjakerja harian Cawangan mengikut Perlembagaan Pertubuhan dan arahanarahan Majlis Jawatankuasa Agung dan Mesyuarat Perwakilan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">FASAL 17\u00a0<strong>TUGAS-TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN<\/strong><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(1)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pengerusi Cawangan dalam tempoh memegang jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung Cawangan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Dia mempunyai undi pemutus dan hendaklah dia menandatangani minit mesyuarat bila telah diluluskan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(2)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Naib Pengerusi Cawangan hendaklah memangku jawatan Pengerusi Cawangan semasa ketiadaannya.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(3)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Setiausaha Cawangan hendaklah menjalankan kerja-kerja cawangan mengikut Perlembagaan dan dia hendaklah menjalankan perintah-perintah Mesyuarat Agung Cawangan dan Jawatankuasa Cawangan.\u00a0<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u00a0Dia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Cawangan kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha Cawangan hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan,pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman setiap ahli. Dia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.Setiausaha Cawangan hendaklah menyampaikan kepada<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setiausaha Agung salinan minit mesyuarat tidak lewat dari 30 hari sesudah mesyuarat itu diadakan. Pemberitahuan mesyuarat hendaklah disampaikan kepada ahli-ahli tidak lewat dari 7 hari sebelum mesyuarat diadakan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(4)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penolong Setiausaha Cawangan hendaklah membantu Setiausaha Cawangan dalam menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu dalam masa ketiadaanya.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(5)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bendahari Cawangan adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Cawangan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya di atas ketepatan penyata kewangan Cawangan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.Bendahari Cawangan\u00a0\u00a0akan bertanggungjawab tentang segala wang yang diterima dan dibayar bagi pihak Petubuhan, menulis serta menyimpan Buku Kira-Kira Kewangan dengan sempurnanya. Ia akan mengeluarkan resit resmi bagi segala wang yang di terima. Maka tidaklah boleh lain-lain pegawai atau kakitangan Pertubuhan di Cawangan itu menerima wang atau mengeluarkan resit dengan tidak mendapat kebenaran yang jelas yang diberikannya dengan bersurat oleh Pengerusi Cawangan pada setiap kali mereka itu di kehendaki berbuat demikian. Ia akan bertanggungjawab tentang keselamatan segala buku-buku kewangan dan surat-surat keterangan yang berkaitan di pejabat Cawangannya dengan tidak boleh dikeluarkannya buku-buku dan surat-surat keterangan dari pejabat rasmi cawangan nya dengan tidak mendapat kebenaran jelas yang diberikan dengan bersurat oleh Pengerusi pada setiap kali ia hendak mengeluarkannya. Ia akan menguruskan kira-kira bank cawangannya bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha cawangan. Ia\u00a0\u00a0akan bertanggungjawab sendiri tentang wang-wang dan harta-harta Pertubuhan yang melalui cawangan nya.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(6)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kewajipan Jawatankuasa Cawangan ialah menguruskan hal ehwal Cawangan menurut peraturan-peraturan Pertubuhan dan perintah-perintah oleh Majlis Jawatankuasa Agung. Jawatankuasa Cawangan akan bermesyuarat sekurang- kurangnya tiga(3) bulan sekali atau sebarang masa lain yang dikehendaki oleh Pengerusi atau dengan kehendak setengah dari bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan dan cukup korum mesyuarat apabila hadir setengah dari jumlah bilangannya.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">FASAL 18\u00a0K<strong>EWANGAN CAWANGAN<\/strong><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(1)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Semua wang yang dikutip di Ibu Pejabat dan Cawangan-cawangan Pertubuhan akan menjadi aset bersama Pertubuhan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(2)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat Agung Cawangn akan menentukan dari masa ke semasa peratusan kadar yuran yang akan disimpan di Cawangan sebagai kumpulan wang Cawangan dan akan menetapkan jenis-jenis perbelanjaan yang akan menggunakan wang Cawangan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(3)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Setiap Bendahari Cawangan akan menyampaikan kepada Bendahari Negeri sebelum 15hb. setiap bulan yuran-yuran yang diterima oleh cawangan setelah ditolak peratusan yang disimpan sebagai kumpulan wang Cawangan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(4)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bendahari Cawangan akan juga menyampaikan kepada Bendahari Negeri sebelum 15hb. setiap bulan suatu penyata pendapatan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira Cawangan bagi bulan lepas.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(5)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bendahari Cawangan dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 500&gt; (Ringgit Malaysia Lima ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan di dalam tempoh tujuh hari ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan. Kira-kira bank itu hendaklah\u00a0\u00a0di atas nama Cawangan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(6)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Cawangan hendaklah ditandatangan bersama oleh Pengerusi Cawangan, Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Cawangan berhak melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana- mana penandatangan tersebut.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(7)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perbelanjaan yang lebih daripada RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga ribu Sahaja) pada sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Cawangan dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung Cawangan terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga ribu Sahaja) boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi Cawangan, Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(8)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Cawangan dan diperiksa oleh juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 Perlembagaan ini dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedar untuk makluman ahli-\u00a0\u00a0ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan yang berikutnya. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan yang berdaftar.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(9)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 01 Januari.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(10)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Semua wang, buku dan harta-harta lain Pertubuhan yang dipegang oleh mana- mana Cawangan yang telah dibubarkan akan dihantarkan dengan segera oleh Setiausaha Cawangan kepada Setiausaha Agung, bersama-sama dengan penyata kewangan sebagaimana dinyatakan pada fasal 14 (6) dan 14<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">FASAL 19\u00a0<strong>PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN<\/strong><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(1)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Di mana peruntukan khas tiada disebut di dalam Perlembagaan ini bagi perkara- perkara berhubung dengan pentadbiran Cawangan-cawangan Perlembagaan yang berkenaan mengenai pentadbiran Ibu Pejabat Pertubuhan akan diikuti sejauh mana yang sesuai.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(2)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat Perwakilan dan Majlis Jawatankuasa Agung akan memberi arahan kepada Mesyuarat Agung Cawangan mengenai pentadbirannya.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(3)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tiga orang bukan Pegawai Pertubuhan ataupun calon Pegawai Pertubuhan untuk menjadi pemeriksa undi mesyuarat Agung Cawangan , mereka itu\u00a0\u00a0mengawasi supaya cara-cara undi yang dijalankan adalah sebenarnya menurut cara-cara yang ditentukan dan akan mengesahkan keputusan itu.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(4)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Setiap orang yang berhak dalam hal kewangan Pertubuhan boleh memeriksa buku dan kira-kira Pertubuhan dan nama-nama ahli pada masa-masa yang munasabah di tempat buku-buku itu di simpan, dengan syarat membuat permintaan dengan memberi tempuh berpatutan dengan kebenaan Pegawai yang bertanggungjawab.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p class=\"wp-block-paragraph\">(5)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mana mana ahli tidak boleh memegang sebarang jawatan di peringkat cawangan , bahagian negeri atau kebangsaan atau menjadi perwakilan dalam mesyuarat agung sekiranya mereka ada memegang jawatan utama didalam mana mana pertubuhan berdaftar yang ada berkaitan dengan Mahaguru Silat Seni Gayong Malaysia , Dato&#8217; Meor Abdul Rahman Bin Daing Uda Mohd Hashim atau perguruan Silat Seni Gayong.<\/p>\r\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>03 Feb 2023 Senarai cawangan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia ( LAMPIRAN ) FASAL 14\u00a0PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGAN (1)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Majlis Jawatankuasa Agung boleh membenarkan penubuhan cawangan di kawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya 30 ahli Pertubuhan. Penubuhan cawangan hendaklah dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar Pertubuhan\u00a0\u00a0terlebih dahulu. (2)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Majlis Jawatankuasa Agung boleh membubarkan cawangan: (a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jika bilangan ahli-ahli di dalam tempoh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[10],"tags":[],"class_list":["post-699","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-pelembagaan"],"jetpack_featured_media_url":"","blog_post_layout_featured_media_urls":{"thumbnail":"","full":""},"categories_names":{"10":{"name":"Pelembagaan","link":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/category\/pelembagaan\/"}},"tags_names":[],"comments_number":"0","wpmagazine_modules_lite_featured_media_urls":{"thumbnail":"","cvmm-medium":"","cvmm-medium-plus":"","cvmm-portrait":"","cvmm-medium-square":"","cvmm-large":"","cvmm-small":"","full":""},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/699","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=699"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/699\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":961,"href":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/699\/revisions\/961"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=699"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=699"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gayong.com.my\/pssgm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=699"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}