
Lambang Gayong adalah ilham daripada Dato’ Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendeta Za’ba ketika di Singapura
PENGERTIAN LAMBANG DAN BENDERA GAYONG
| Naga | Melambangkan kekuatan di laut mahupun di darat. Ilmu Silat Seni Gayong ini sesuai dalam apa juga situasi. |
| Harimau | Sikap pesilat yang bertenaga, bersikap garang tetapi penyayang, sikap berani dan berhemah seperti kata pepatah ‘Harimau menyembunyikan kuku’. |
| Bulan dan Bintang | Ajaran agama Islam sebagai asas pegangan Silat Seni Gayong. |
| Dua keris bersilang | Semangat kependekaran Hang Tuah dan Hang Jebat yang perlu dimiliki oleh setiap murid Gayong. |
| Pedang Zulfaqar | Pedang Saidina Ali a.s. yang melambangkan keberanian dan kepahlawanan panglima Islam yang telah menegakkan syiar Islam. |
| Kendi / Bejana air | Segala ilmu dan teknik beladiri tradisional orang Melayu yang perlu ditimba oleh setiap lapisan masyarakat terkumpul di dalam Silat Seni Gayong. |
| Bumi | Misi mengembangkan Silat Seni Gayong ke seluruh dunia. |
| Bengkung HPCS VII | Kuasa Mahaguru sebagai eksekutif pentadbiran dan ilmu tertinggi. |
| Warna Putih | Bersih dan suci dari segala bentuk syirik, bidaah dan khurafat. |
| Warna Hijau | Mempertahankan Islam sebagai agama Ad-din. |
| Warna Merah | Berani berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara. |
| Warna Kuning | Kedaulatan institusi Raja-raja Melayu. |
| Warna Hitam | Persamaan semua ahli Gayong tanpa mengira darjat dan pangkat. |
Revolusi Lambang Gayong Malaysia





