Susunan tingkatan bengkung dari awal pembelajaran merujuk kepada tahap pembelajaran ilmu Silat Seni Gayong bermula dari bahagian Tapak, Seni Senjata hingga pelajaran peringkat tertinggi. Setiap ahli & anak gayong perlu menjalani ujian kenaikan bengkung mengikut kepada tahap sukatan pelajaran yang telah ditetapkan untuk melayakkan pesilat memakai bengkong mengikut tahapnya.
TAHAP TINGKATAN BENGKONG DEWASA
| Bil | Tingkatan Bengkong | Sukatan Pelajaran |
|---|---|---|
| 01 | Hitam Mulus (asas) | Kemahiran Tapak Bahagian 1 Seni Tapak Kunci Mati Bahagian 1 Seni Tapak Kunci Hidup (Pentas 1) Seni Lompatan |
| 02 | Awan Puteh | Mahir Bahagian Tapak Sebelumnya Kemahiran Tapak Bahagian 2 Seni Tapak Kunci Mati Bahagian 2 Seni Tapak Kunci Hidup (Pentas 2) Seni Serangan Anak Harimau Bahagian 1 Seni Lompatan |
| 03 | Pelangi Hijau | Mahir Bahagian Tapak Sebelumnya Kemahiran Tapak Bahagian 3 Seni Tapak Kunci Mati Bahagian 3 Seni Tapak Kunci Hidup (Pentas 3) Seni Serangan Anak Harimau Bahagian 2 Seni Lompatan |
| 04 | Pelangi Merah | Mahir Bahagian Tapak Sebelumnya Kemahiran Tapak Bahagian 4 Seni Tapak Kunci Mati Bahagian 4 Seni Tapak Kunci Hidup (Pentas 4) Seni Serangan Anak Harimau Bahagian 3 Seni Lompatan |
| 05 | Pelangi Merah Cula I | Mahir Bahagian Tapak Sebelumnya Kemahiran Tapak Bahagian 5 Seni Tapak Kunci Hidup (Pentas 5) Seni Serangan Anak Harimau Bahagian 4 Seni Senjata (Simbat) Seni Lompatan |
| 06 | Pelangi Merah Cula II | Mahir Bahagian Tapak Sebelumnya Kemahiran Tapak Bahagian 6 Seni Tapak Kunci Hidup (Pentas 6) Seni Senjata (Pisau) |
| 07 | Pelangi Merah Cula III | Mahir Bahagian Tapak Sebelumnya Kemahiran Tapak Bahagian 7 Seni Tapak Kunci Hidup (Pentas 7) Seni Senjata (Keris) |
| 08 | Pelangi Kuning | Mahir Pelajaran Bahagian Tapak Dan Sebelumnya Seni Senjata (Parang) |
| 09 | Pelangi Kuning Cula I | Mahir Pelajaran Bahagian Tapak Dan Sebelumnya Seni Senjata (Simbat Suk) |
| 10 | Pelangi Kuning Cula II | Mahir Pelajaran Bahagian Tapak Dan Sebelumnya Seni Senjata (Tongkat) |
| 11 | Pelangi Kuning Cula III | Mahir Pelajaran Bahagian Tapak Dan Sebelumnya Seni Senjata (Tekpi) |
| 12 | Pelangi Kuning Cula IV | Mahir Pelajaran Bahagian Tapak Dan Sebelumnya Seni Senjata (Lembing) |
| 13 | Pelangi Kuning Cula V | Mahir Pelajaran Bahagian Tapak Dan Sebelumnya Seni Senjata (Parang Tekpi) |
| 14 | Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti I | Mahir Kesemua Pelajaran Bahagian Tapak & Senjata Seni Yoi |
| 15 | Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti II | Mahir Kesemua Pelajaran Bahagian Tapak & Senjata Seni Seligi |
| 16 | Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti III | Mahir Kesemua Pelajaran Bahagian Tapak & Senjata Seni Cindai |
| 17 | Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti IV | Mahir Kesemua Pelajaran Bahagian Tapak & Senjata Seni Sundang Lipas |
| 18 | Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti V | Mahir Kesemua Pelajaran Bahagian Tapak & Senjata Seni Belian |
| 19 | Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti VI | Mahir Kesemua Pelajaran GAYONG |
TAHAP TINGKATAN BENGKONG KANAK-KANAK
Kanak-kanak yang berusia dibawah 12 tahun juga mempunyai tingkatan bengkungnya mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Berikut merupakan susunan bengkung kategori kanak-kanak:
| Bil | Tingkatan Bengkong | Sukatan Pelajaran |
|---|---|---|
| 01 | Hitam Mulus | Kemahiran Tapak Bahagian 1 (No. 1~3) Seni Lompatan |
| 02 | Awan Putih Cula Hijau | Kemahiran Tapak Bahagian 1 (No. 4~7) Seni Lompatan |
| 03 | Awan Putih Cula Merah | Kemahiran Tapak Bahagian 2 (No. 1~3) Seni Lompatan |
| 04 | Awan Putih Cula Kuning | Kemahiran Tapak Bahagian 2 (No. 4~7) Seni Lompatan |
| 05 | Awan Putih Cula Hitam | Kemahiran Tapak Bahagian 3 (No. 1~4) Seni Serangan Anak Harimau No. 1 ~ 3 |
BENGKONG KEGURULATIHAN
Bengkung kejurulatihan diberikan kepada ahli gayong yang telah mengikuti kursus kegurulatihan dan layak untuk melatih ahli-ahli gayong lain. Tanda kegurulatihan ini boleh dilihat dengan tanda warna merah panjang pada bengkung seperti contoh dibawah:


