Sekalung Tahniah diucapkan kepada STe. ASSOC. Sazali bin Saleh @ Dato’ Meor Abdul Rahman diatas Penganugerahan Khas sebagai PENDEKAR NEGARA
Mesra dipanggil dengan panggilan Cikgu Sazali dari kalangan anak-anak gayong, beliau telah mendapat pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebagai Pendekar Negara yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di dalam program Himpunan Pendekar Gangga Negara yang dikelolakan oleh Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong yang berlangsung pada 16 September 2025 di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Tahniah buat Cikgu Sazali.

