SELAMAT TAHUN BARU 2025

Selamat Tahun Baru 2025 kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga Anak-Anak Gayong diserata dunia Setiap detik yang lalu amatlah bermakna buat kita semua dan dengan semangat tahun baru ini, sama-samalah kita mengambil kesempatan dan terus menyemarakkan semangat GAYONG dan terus maju kedepan dalam mencapai setiap matlamat dan memperolehi kejayaan.

Baca Lagi!

MESYUARAT AMJA KALI KE-3/2024

29 JUN 2024, Wisma ATM, Kuala Lumpur Ahli Majlis Jawatan Agung telah bermesyuarat dengan dipengerusikan oleh YDP sendiri iaitu Lt Gen. Dato’ Pahlawan Mohd Razif bin Hj. Idris (B) dan dihadiri oleh wakil-wakil AMJA dari beberapa negeri seluruh Malaysia serta dari wakil Majlis Gurulatih Kebangsaan (MGK) serta Lembaga Adat dan Istiadat Kebangsaan (LAIK).   Antara […]

Baca Lagi!

AL-FATIHAH

23/06/2024, genap 33 tahun pemergian arwah Mahaguru Silat Seni Gayong Malaysia, Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim menemui pencipta sekelian mahkluk. Diatas usaha beliau yang begitu banyak semasa hayatnya dalam mengembangkan ilmu Silat Seni Gayong kepada sekalian anak-anak murid telah memberikan 1001 hikmah kepada setiap anak bangsa ini Semoga roh arwah ditempatkan […]

Baca Lagi!

KEM CULA SAKTI

Majlis Gurulatih Kebangsaan akan menganjurkan KEM CULA SAKTI dimana program julung kali diadakan ini antara langkah untuk meningkatkan dan mengemaskan lagi mutu dan qualiti gurulatih-gurulatih Silat Seni Gayong. Gurulatih yang memenuhi kretaria penyertaan diperlawa untuk turut serta pada kem tersebut Sila berhubung dengan YDP Majlis Gurulatih Kebangsaan, Encik Faiezal Azmi (HP: 0122616234) untuk pertanyaan lanjut

Baca Lagi!

SEKALUNG TAHNIAH

05 Jul 2023 PSSGM dengan rasmi mengumumkan Pengerusi Lembaga Adat Istiadat Kebangsaan PSSGM disandang oleh cikgu Dato Paduka Ishak Hassan dan Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan disandang oleh cikgu Faiezal Azmi. Kedua-dua jawatan ini bagi sessi 2023-2025. Seluruh warga PSSGM mengucapkan Tahniah dan Selamat Menjalankan Tugas. Semoga keduanya sentiasa dalam lindungan, rahmat, nikmat dan redha Allah […]

Baca Lagi!